tentang
banner
tutor
fb
home

Sunday, January 31, 2016

Jadilah seperti Rashid & kucing



Sumber : FB




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, January 30, 2016

BR1M bujang sudah diterima untuk pemegang CIMB

Lapuk tapi saja nak cerita juga
Kan sohsehsohseh cakap bayaran BR1M bermula 28/1/2016
Tapi ada juga yang terima 2-3 hari awal dari tarikh


Contoh terdekat aku sendiri
Selasa petang dah terima
Amaun untuk individu bujang


Tak banyak mana tapi duit itu dah ada hala tujunya
Nak sahut cabaran boleh guna untuk setahun!


Aku buat apa?
Kalau rajin aku share


Kalau dah "layak" terima, dah tau la kan amaun gaji
Sendu sangat
Memang buat lebih dari 1 kerja sekarang untuk menampung kos yang semakin tinggi!







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 29, 2016

Bento pertama 2016 untuk kami

Heeee, oklah, 27hb lepas aku cuti sebab nak hadirkan diri ke seminar emas. Jadi aku heret sama si Shapit tu. Biar dia sama celik! Hahaha.


Biasanya kalau kami jumpa, mesti aku masak sikit walaupun aku tak pandai masak. Lalalala. Haritu aku terlebih rajin + dia beria cakap tak pernah rasa salmon, aihhh gigih aku cari pagi tu untuk beli. Nasib dapat salmon segar.




Nama Bento
Salmon mati ditelan sotong!


Jadi ini jelah yang aku masak aritu. Benda mudah sesuai dengan diri yang pemalas. Hahahaha. Nasib baik dia makan bagi habis kecuali strawberry sebab dia tak minat. Manalah aku tahu sangat apa dia tak kenan. Kuikui.


Inilah bento pertama 2016 untuk kami. 


Harap lepas ini rajin untuk berbento buat bekalan sendiri. Kata nak jimaaattttttt ;)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Yui dah kembali!

Wah wahhh, konon semangat padahal pagi ni sakit tekak. Penangan minum air mangga banyak sangat semalam. Banyak apanya, satu cawan je punnn jus mangga Pran aku telan.


Oklah, ampun dan maaf sebab semalam tiada langsung entry.
Sebenarnya Rabu & Khamis aku ambil AL. Rabu sebab ada ehem ehem
Semalam sebab malas. Rasa penat, tu sambung cuti.
Hahahaha, pun bolehhhhhh!


Jadi, harini aku kembali berblog. Risau plak tengok komen banyak, kena jejak balas cepat-cepat ni sebelum mood hilang. Heeeee.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 27, 2016

Bila orang perempuan mencandat hotwheels

Hahah, tajuk kemain kauuuu. Tapi memang betul pun. Orang perempuan lain kebanyakan mencandat tudung AJ, aku mencandat hotwheels.


Yang mana kena ambil, memang ambil.
Heeeee, sebenarnya ini antara untuk koleksi Shafiq. Ada yang dia simpan, ada juga dijual semula kalau ada yang meminta.




Pelbagai harga korang boleh jumpa. Tapi bila ada promotion, ambil jela. Bukan senang nak dapat. Tambah kalau hot item, laju ajeee habis!


Nanti aku letak kat IG : Nurul Yui Collection hat mana nak jual. Kena tunggu big boss bagi gambar molek dulu.


Huuuuu, kalau tanya aku, apa aku suka kumpul, jawapan aku adalah EMAS. 
Wakakakaka!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 26, 2016

Pagi selasa yang sendu

Ececececeh, mentang-mentang cuti 3 hari, mula dah nak sendu bagai pagi buta. Ngada sangat Yui oiii!


Eh, hangpa dah masuk kerja belum?


Che' harini kerja, esok cuti. Lalalalala.


Nak cari idea nak update apa lepas ini. Hahahaha!
Blogger sendu, macam ni la.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 25, 2016

Berhati-hati dengan penipuan Iphone

Ini kisah benar isteri kepada customer aku.


Tunjuk yang original, bila bayar, diberikan Iphone palsu. Lagi satu tawarkan harga yang tidak munasabah murah & mendesak agar pelanggan segera pergi.


Lokasi : Pasar malam ( tak sepatutnya beli di situ )




Nasihat,
Beli di tempat sepatutnya
Bandingkan harga
Sila kelebek sebelum beredar


Berhati-hati sebab penipuan berada di mana-mana sahaja.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 22, 2016

Review Peribadi : Big Apple Donuts & Coffee

Dulu, zaman aku belajar kat poli, kalau keluar ke JJ, confirm nak beli big apple bawa balik rumah. Giler ko, sedap kot time tu! Lembut, cheese banyak, filling meleleh. Pendek kata tak rugi laa beli.


Tapi kini, dah ku rasa perbezaannya.
Donut dah tak berapa lembut. Cheese pun kurang. Kalau simpan untuk esok, donut dah keras padahal dulu elok molek aje. Itu pasal aku rajin beli dulu sampai muka pun dah rupa donut. Hahahaha.



Beli di Mydin Meru, Ipoh


Sekarang beli buat lepas kempunan aje. Nak beli selalu macam dulu, rasanya tidak. Orang bagi free takpe. Kuikuikui. 


Teringat dulu, tiap kali jumpa mesti dapat donut! Opsss.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Mendaftar dengan Woop untuk kumpul mata ganjaran!

Kalau blogger tak share, memang aku tak tau. Sebelum ini dengan *** ( aku pun lupa nama sebab menipu ) penat-penat aku buat survey, hareeee takde guna!


Memandangkan ada sorang akak tu update dia dah beberapa kali tebus point dengan Woop, jadi aku anggap ia adalah benar. Aku laju saja daftar. Tak salah mencuba. Sambil-sambil jawab soalan, sambil kumpul point. Cukup, boleh tebus.


Korang yang belum daftar, daftarlah
Senang aje. Sambil online tu boleh juga buat. Takde hal! Mudah belaka.




Harap yang ini memang betul. Kot sampai satu tahap aku mampu tebus, wajib aku buat entry untuk war-warkan lagi. Mehmehmeh.


Hari pertama daftar dah dapat kumpul 280. Jadilah tuuuu =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 21, 2016

Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink








Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink | Bersempena Tahun Baru 2016 dan Hari Lahir Cik EN pada 16 Januari nanti, cik en berbesar hati untuk mengadakan Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink yang akan berlangsung pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Hanya perlu mengikuti syarat syarat dibawah dan korang berpeluang menjadi salah seorang pemenang daripada 27 pemenang untuk merebut hadiah hadiah bernilai RM535.



Follow Blog Di bawah

Nurfuzie, Mrs Yatie Nona Irrayan Julia Jamaluddin Along Misuari Marsha  Athirah Ejulz Farah



Follow Page

Nurfuzie, Mamalink, Ejulz, Marsha, Along, Farah



Instagram

Athirah Diyana, Nona



Bloglist

Irrayan


Hadiah? Mesti terlepas pandang ini, Cik en dah keluarkan awal ye. Boleh rujuk di bawah ini
Senarai Hadiah Hebat
Dah submit entry? Boleh rujuk di bawah ini pula
Senarai Peserta Hebat

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kisah cincin dengan diet atkins

Bila tengok cincin belah kiri tu, automatik aku teringat masa zaman aku tak kenal diet atkins. Heeeee, untuk pengetahuan korang, cincin tu sekarang dah tak sesuai aku pakai di jari manis sebab dah longgar! 


Itulah antara kesan lepas aku buat diet atkins. Diet tanpa produk kurus. Diet yang tidak membebankan aku sebab masih boleh makan. Hanya memerlukan kawalan & ikut apa sahaja yang telah disediaka dalam fail.




Tak percaya aku dulu pakai cincin ini di jari manis? Korang boleh baca & tengok sendiri gambar [baca sini]. Gambar perubahan muka [tengok sini].


Cincin tak berubah tapi jari yang mengecil. Alhamdulillah, dah lama aku tinggal diet atkins tapi tetap maintain. Itu yang aku suka! Korang pun boleh kalau tekad.


Kira cincin ni tanda warning, kalau boleh pakai ke jari manis, itu bermakna semakin mengembang dengan baik. Kalau tengah, kira selamat lagi. Hahahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 3 [2016] - Rebut peluang

Seharusnya
Andai benar-benar kita mencari peluang
Rebutlah ia sebaiknya


Asalkan ia dapat memberi manfaat & kebaikan
Bukan ke arah keburukan


Kerana peluang untuk direbut
Bukan sekadar untuk dipandang




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 20, 2016

WW 3 [2016] - Perempuan yang suka dot dot dot



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 19, 2016

Pengguna CMD [Revell] - Yui vs CMD

Kemain tajuk ea takmau kalah. Eh tapi memang betul saja nak buat tajuk gitu. Alhamdulillah, setakat ini memang serasi dengan CMD terutama untuk pelawasan. Memang aku syorkan untuk diri aku sendiri sebab ada kesannya.




Dah hampir 5 bulan aku setia dengan CMD, apa yang aku nampak, aku memang sesuai guna untuk pelawasan & kulit. Memang terbaik untuk diri sendiri!


Kan aku pernah cerita, kalau kita tak guna, kita tak tahu apa keistimewaan dengan diri kita. Serasi ke idak, elok terus pakai ke idak. Alhamdulillah, ini antara produk yang tak pernah miss guna. Kadang tak pakai pun selang beberapa hari je. Heeeee.


Macam-macam kegunaan CMD. Rajin-rajin klik entry aku mengenai CMD.


Yang penting satu keluarga boleh guna. InshaaALLAH. 
Aku akan guide mereka yang beli dari aku.



Agen sah Revell ( CMD & Klenz ),
��Nurul Yui
��019 233 1810

#cmd #cmdperak #revell #penggunacmd#cmdpelbagaiguna




Jom tengok testimoni CMD yang lain


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Cinta Si Wedding Planner

Selalu aku layan running man kat TV 9, lepas itu dah ganti cerita korea yang tak berapa menambat hati aku. aku beralih ke cerita cinta si wedding planner.


Mula-mula tengok biasa je sebab pelakon pun baru-baru kecuali Ady Putra.
Tapi bila sampai part Bazli yang bikin aku emo jee, terus layan cerita ni. Hahahaha!
Kuasa pengaruh melalui drama!


Tengok episod semalam, menggembirakan sebab dah bertunang. Tapi alih-alih Fariz taknak kahwin pula pasal girlfriend lama. Aihh, ni sorang lagi bikin gua emo.


Aku harap aku rajinlah nak tengok pengakhiran. Kalau tak, siaran lain lah jawabnya. Hahahaha! Tolonglah, toksah nak emo bebenor yui oiiiii.


Kan bagus kalau aku lebih hafal atau memahami bahasa Arab. Huuuuuuu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 18, 2016

"TIGA LALAT CALENDAR GIVEAWAY"

 



Yui nak kalendar edisi terhad sebab tiada di jual di mana-mana
Tambah plak Yui suka catat benda-benda penting di kalendar
Jadi amat wajar Yui patut dapat KALENDAR WAK ni 
=____=


Jom join, malam ini last!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tanda kawan support kita berniaga





Renung-renungkan dan selamat beramal
|=_____=|




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, January 17, 2016

Personaliti seseorang melalui pakai jam tangan kiri



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, January 16, 2016

Jadi Macam Shasha : Tengok Running Man



Yang baik jadikan pedoman
Yang buruk kita jauhkan





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 15, 2016

Nurul Yui di awal tahun 2016

Takde apa nak update, kita update muka selfiaaqqq sendiri. Hahahaha. Sila jangan marah aaaaa. Suka-suka ajeee. Lalalala.



Yang berwarna



Hitam putih 


Nurul Yui :

Owner Nurul Yui Collection
Agen sah Revell [ CMD/Klenz/Lotion/Cleanser ]

019 233 1810


Salam Jumaat semua, moga dipermudahkan urusan dan dipermurahkan rezeki kita bersama, InshaaALLAH.


p/s : Maaf sebab tersalah letak date publish semalam
Hahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Menyusu zaman dulu vs sekarang




Apa pun jaga adab
Itu yang penting
Sama-sama kita beringat




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 14, 2016

Makan Best : Steamboat & Grill di Rempah Warisan Station 18, Ipoh

Lagi edisi menternak lemak dengan budak-budak rumah. Kemainn sekarang nak mencuba kedai-kedai yang ada di area berdekatan kami. Dah dekat 5 tahun duduk, baru sekarang ada hati nak menjelajah!



Sumber : FB


Sumber : FB




Muka tak sabar nak ngap apa yang di grill
Hueeeeee!



Inilah dua orang kakak serumah


Konsep makan di sini, bayar satu harga, makanlah sampai kembong! Tapi takmau membazir ya. Amalan syaitan. 


Pastikan kalau datang sini, datang dengan perut kosong. Baru berbaloi!! Waktu aku pergi harga untuk dewasa RM 28/orang & RM 18/orang untuk kanak-kanak. Tapiii latest dia update harga 12/1/2016, harga dah turun. Wuuuuuu, banyak turun ok!


Rempah Warisan akan memperkenalkan harga baru bagi tahun 2016.
> Dewasa; RM19 (buffet)
> Kanak-kanak; RM8 (buffet)

Di buka jam 5ptg-12 tghmlm (10.30 last order)
Weekend hingga jam1pagi (11.30 last order)

*sebarang tambahan kuah tidak akan dikenakan charge


Macam-macam ada. Kambing, ayam, lembu, ketam, udang, pelbagai jenis seafood. Ada aiskrim juga [ tapi sayang time aku datang takde ]. Korang yang berdekatan, patut cuba. Boleh repeat lagi!



Sumber : FB



Sumber : FB

Selamat menjamu selera!



Lokasi
36 Medan Stesen 18/3 
Station 18
31650 Ipoh Perak

013-5252115


Berhampiran AEON Station 18, Ipoh


UPDATE : 18/1/2017
DAH TUTUP






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 2 [2016] - Mencari arah

Arah
Perlu dicari
Bukan dinanti


Berhati-hati menuju
Takut ia memakan diri





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 13, 2016

Review peribadi : Kit Kat Chunky Cookies & Cream

Aku sekarang jarang sangat nak makan manis manisan ini. Entahlah, sejak terjebak Diet Atkins, aku boleh control benda-benda manis. Contohnya coklat, gula, air manis, kek. Pelik bin ajaib aku berjaya atasi!!


Okay berbalik pada tajuk.
Waktu shopping barang rumah dengan family, mata ni kenan benar tengok Kit Kat plastik biru ni. Macam menyuruh tangan ini capainya & bawa dia pergi dari rak. Waaaah, metafora sungguh!




Bagi aku secara peribadi, bolehlah. Tak semanis Milo Nugget. Jenis Kit Kat ni, boleh ku katakan sedang sedang sedap. Aku lagi suka yang original ala yang ada dalam aiskrim juga tu.


Harga dalam RM 2.50. Nak ulang beli selalu idaklah, sekali sekala takpe.


Lepas ini nak rasa Hersye Cookies. Haritu cari takde stok. Sedap gamaknya sebab stok itu je takde. Heeeee.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 2 [2016] - Promosi CMD 120 ml percuma 30 ml



=========================
PROMOSI CMD 120 ML PERCUMA 30 ML ( Tamat 31/1/2016 )
Siapa nak cuba dapat "gaji" 2 kali sebulan, jom sertai team kami!
Rasa - kongsi - bonus!

Agen sah Revell ( CMD & Klenz ),
🙋
Nurul Yui
019 233 1810
📱019 233 181


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 12, 2016

Niaga kecilan : Nurul Yui Collection

Dulu berniaga bermula dari craft. Lepas itu ambil inisiatif dengan dapatkan lesen berniaga dari SSM. Biar orang yakin nak beli dari kita.


Alhamdulillah, berniaga sebagai hobi. Untuk seringgit dua pun aku tak kisah. Kadang seminggu RM 10 je untung bersih dapat pun dah bersyukur sangat. Sebab niaga secara santai.




Instagram : Nurul Yui Collection
Blog : http://nuyuisale.blogspot.my


Terima kasih kepada mereka yang sudi support. Selain berniaga, aku juga ada menjual dari barangan peribadi untuk tambah kos bagi #danauntukmeow. Salah satu usaha nak kumpul duit bagi keperluan anak-anak bulus.


Terima kasih sekali lagi, doakan moga niaga kecil aku ini akan berkekalan inshaaALLAH.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Jari mengembang di pagi hari!

Aku sebenarnya ada cincin, cincin tu saiz orang kata lepas alami proses penurunan berat dan pengurangan inchi, aku beli cincin ni.


Pagi tadi nak pakai, rasa ketat!
Huaaaaaaa. Tapi kan tapii bila pakai kat jari tangan kiri, elok molek pula.


Agaknya jari kanan je mengembang pagi hari. Sedapkan hati gitu. Hahahaha!
Bila aku bandingkan sebelah menyebelah, memang nampak jari kanan tu "gemok" sikit.
Ok sabar, sat lagi bolehlah pakai jari kanan balik. Heeeeeee.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 11, 2016

Air RM 5 terbaik di Klebang, Ipoh

Dah merata pelusuk ceruk air RM 5 ada. Tinggal sedap tak sedap aje lagi. Nak tahu sedap ke tak, haruslah kita cuba. Bila ok, haruslah kita review! Biar orang lain turut sama rasa. Heeeee.


Sekarang aku nak cerita pasal air RM 5 yang terbaik area Klebang, Ipoh. Bagi aku setakat ini tak menghampakan. Takdelah indah khabar dari rupa.



Hazelnut Coffea & Kiwi 


Memang kaw likau habaq hangpa! Memang aku sarankan kalau ada antara kome yang lalu sana. Kalau nak ke Aeon Klebang, Ipoh memang tak jauh. Lepas jumpa kedai Din Bukit, sederet itu aje kedainya. Buka tepi jalan besar.


Sesekali minum takpe, jangan selalu. Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman. Gituuuu. Hihi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sibuk dengan urusan lelong

Kenal aku siapa?
Tahu aku kerja apa?
Okay, kalau dah tahu takpe


Hari ini akan sibuk sikit dengan urusan lelong barang emas & barang kemas
Akan bermula esok hingga Khamis


Jadi, akan sedikit lewat untuk jejak balas kalian
Di hari Isnin, jangan bermalas-malasan naaa
Heeeee ;)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 08, 2016

Cerita blogger Emas Putih vs Fizo Mawar Kitchen

Mula-mula taknaklah ulas or cerita kat blog ini tapi bila membabitkan blogger, sedikit sebanyak tempias kena kat hakak juga. Hahahaha.


Jujur hakak tak tau kewujudan restoran fizomawar ke apa namanya tu. Sampai antara blogger famous, Emas Putih atau dikenali Uzu buat review pengalamannya di sana.




Aku baca entry berkenaan dan aku juga bersetuju kalau berada di situasinya. Terutama bab menu yang letak nama pelik-pelik ( haruslah biar orang yang nak rasa itu faham ). Kalau pekerja ramai dan sanggup melayan satu persatu pertanyaan pelanggan, takpe juga.


Okay okay,
Lepas deme tau pasal blogger review, deme minta maaf. Tapi kan tapi bila aku baca ayat minta maaf tu macam tak berapa nak ikhlas. Korang boleh baca sendiri & tafsirkan sendiri. Ada nada berbunyi seperti taknak mengaku kesilapan.




Secara ringkas,
Orang yang berjaya akan menerima segala kritikan untuk penambahbaikan. Orang bukan hentam tapi bagitahu kenyataan betul. Takkan benda bohong tapi nak juga jadikan benar. Itu dah kira menipu kan?


Uzu, Yui tetap sokong anda!
Apa pun, good luck lah Fizo!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Makan Best : Shell Out di Station 18, Ipoh

Keluar makan dengan budak-budak rumah. Layan shell out yang tengah meletop sekarang. Padahal, masak biasa aje sebenarnya, disebabkan fenomena & tekak nak mencuba, layankan ajeeee.





Inilah rupa shell out yang ada. Harga RM 26 kalau tak salah, dapat nasi untuk 2 orang. Apa yang ada dalam masakan itu, udang, lala, seekor ketam & sedikit sayur. Kuah memang tak banyak. Kira makan ala kadar saja.


Kami bertiga, jadi aku request tambah nasi lagi untuk seorang. 




Kesimpulan, makanan okay. Tapi kalau rajin boleh masak sendiri. Confirm puas hati! Heeeee. Selamat mencuba!


Lokasi :
Port Ikan Bakar
Station 18, Ipoh
( tepi Aeon Station 18, Ipoh )





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Berdoa dan mendoakan

Jangan kita lupa terus berdoa & mendoakan
diri kita, keluarga & umat Islam seluruh dunia
Moga kita sentiasa dekat dengan-NYA
Moga sentiasa bersyukur pada-NYA
Aamiin...




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 07, 2016

Produk Revell : Fungsi & kesan Klenz

Selalu duk bercerita pasal CMD, takpe kali ini nak cerita sikit pasal Klenz. Antara produk hot dari Revell selain CMD.


Jom ambil masa sedikit untuk baca & fahami.




Aku sangat sarankan korang cuba Klenz kalau ada yang mengalami :

1) Susah/jarang membuang air besar
2) Masalah sembelit
3) Jarang makan buah & sayur


Kesan awal memang terbaik habaq hangpa. Bukan aku saja dah pernah pakai, customer sendiri pun uat "aduan" benda sama. Best! Memang dia repeat order sebab puas hati.



Nak kena minum tiap hari ke?
Ehhh, tak perlu. Aku akan bagitahu cara minum yang betul, tak perlu tiap hari, buat apa nak membazirkan? Sekarang zaman kena beringat & berjimat. Heeeeee.


Nak order, boleh roger ok.

Nurul Yui,
019 233 1810




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Makan Best : Chicken Chop RM 5 di Ipoh, Perak

Selalu bab makan-makan biasa dapat info dari group Ipoh Ipoh Ajer. Jadi, haritu dengan berani nak cuba chicken chop RM 5. Susah nak jumpa harga macam ini!






Pendapat peribadi :

1) Ayam digoreng ( biasa ) dan saiz sederhana
2) Sos tak cair & tak pekat. Sedang-sedang aje
3) Bersesuaian dengan harga



Menu kedua yang aku rasa malam itu juga, char kotiau. Harga kalau tak salah RM 4.50.


Pendapat peribadi :

1) Kuah rasa biasa-biasa
2) Ada udang 2-3 ekor
3) Bersesuaian dengan harga


Lokasi Area NaNa Tomyam Pengkalan Pegoh ,
Depan Kedai Runcit Sri Helang
Boleh search waze Santai Divider
Waktu 6pm-11pm



Kalau datang habis jangan marah yeeeee 
UNTUK TAPAU SIAP2 KALAU TAKUT DAH HABIS KE 
BOLEH ORDER CALL TERUS 014-241 5653 (SYAFIE)


Kesimpulan, untuk edisi bajet, aku memang sarankan korang cuba di kedai ini. Kat tempat tu, ada macam-macam lagi jualan dari peniaga lain. Tinggal korang pilih nak makan apa ok.


Selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 1 [2016] - Bahagia

Kadang kita hanya boleh membahagiakan diri orang lain
berbanding diri sendiri


Begitu juga sebaliknya
Bahagia bukan sekadar dimiliki tapi harus memiliki
Harus dicari!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 06, 2016

Udang KFC yang nampak sedap dalam iklan

Asal tengok tv aje, time iklan nampak pula iklan KFC. Paling tak menahan tengok rupa udang. Ala, yang katanya dililit dengan mee kentang ke apa entah namanya.


Nak beli sendiri tak terbeli-beli.
Minggu lepas opis ada buat makan-makan sikit sebab guard dah nak berhenti kerja. Jamulah KFC. Ambil set dinner yang sekarang dah naik harga dan tambahan udang yang konon sodaaaappp tu!




Komen aku tentang udang ini
Serious takde rasa apa! Bukan satu aku makan, adalah 3-4 ketul. Rasa kosong. Macam takde apa. Yang ini memang aku tak tipu ok. Udang tu takdelah besar mana, yang melebih tu kentang aje tebal.


Tanggapan aku sebelum makan, kotlah dapat rasa lada or cheesey atau seangkatan. Tapi yeleeeekkk! Hambar!


Kalau nak tahu, harga seekor dekat RM 2! Bagi aku sangat tidak berbaloi!! Tapi kalau korang rasa nak cuba, cubalah. Tekak lain-lain. Heeeeeee.


Nasib bukan duit sendiri. Hahahaha. Kalau tak, membebel je kat diri sendiri.


Kalau buat tambahan sos lain pun rasanya lagi baik. Takdelah kosong je rasanya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 1 [2016] - Mat Oyen 2016


Asal usul Mat Oyen
[ entry ]




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 05, 2016

Cultured Milk Drink : Calpis Mango

Rajin tonton rancangan Juara Parodi? Selain dari mendapat tajaan Aurawhite, aku perasan ada air jenama Calpis.


Mula-mula memang aku tak tahu kewujudan air ni. Lagi-lagi bertambah confuse dengan jenama Caliph. Sebutan macam lebih kurang. Heeeee.




Yang aku nampak ada 2 perisa. Original & Mango. Aku pilih mango sebab aku suka! Takdelah, sebab lama tak makan buah, ambillah yang ini.


Harga sebotol besar 1 liter lebih kurang RM 4+. Sedap juga airnya. Lain sikit dari jenama air kultur yang ada di pasaran.


Korang cubalah, lain orang lain tekak!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Isnin punya penangan!

Tu dia tu dia, semalam punya penangan, seharian kerja menghadap pc. Tak sempat nak curi masa nak update entry lain. Mehmehmeh.


Dengan sorang mc. Orang pulak baru keluar asb, bonus, semua pakat hentam kromo nak buat hari Isnin juga. Huuuuu.


Harap hari ini lebih tenang dari semalam. Nak jugalah santai-santai.


Harini aku jejak balas blog korang ya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 04, 2016

Menyegarkan diri di pagi Isnin 2016

Isnin pertama di tahun 2016. Banyak benda bakal & terjadi pada hari Isnin ini. Tak gitu?


Ada yang menghantar anak-anak ke sekolah
Ada yang sambung bercuti
Ada yang mc
Ada yang masuk lambat akibat terlebih cuti
Ada yang bersemangat nak kerja
Ada yang lemau di pagi hari
Ada yang tak sabar dapat bonus

Dan macam-macam lagi. Korang kategori mana?


Aku kategori biasa-biasa. Pagi lemau tapi kejap lagi ok. Hahahahah!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 01, 2016

Entry pertama di tahun 2016

Tengah senang lenang bercuti macam che'? Kita serupa. Hehehehe.


Cuti 3 hari lagi. Isnin nanti macam biasa, mood lemau akan ada. Dasar pemalas!


Secara tak langsung, ini entry pertama di tahun 2016.
Mengharapkan apa yang diimpi akan tercapai walau kadang ia hanya angan semata-mata.


Selamat Tahun Baru 2016 semua.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^