tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, February 03, 2016

Mukhriz Mahathir letak jawatan sebagai MB Kedah

Desas desus dunia politik bukan aku tak ambil kira tapi rasa "annonying" tambah-tambah kalau kita rakyat marhen pun nampak dan terasa kita ditindas sedikit demi sedikit.


Berita terkini


=====================================


ALOR SETAR – Setelah berlarutan hampir dua minggu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Rabu mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-11 berkuat kuasa serta-merta.
Mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Wisma Darul Aman di sini, Mukhriz berkata beliau dimaklumkan telah kehilangan sokongan majoriti ahli di Dewan Undangan Negeri Kedah.
“Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam (Selasa),” kata beliau kepada pemberita.
Beliau malah turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) secara rasmi berkuat kuasa serta-merta.
Mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah yang kebiasaannya diadakan pada setiap Rabu turut dibatalkan.
Mukhriz turut mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang juga ADUN Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah bakal dilantik sebagai Menteri Besar ke-12.
Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.
Mukhriz yang dilantik sebagai pengerusi yang mengambil alih daripada Ahmad Bashah turut menyatakan kesetiaan kepada UMNO walaupun tidak lagi memegang apa-apa jawatan.
Sementara itu portal AgendaDaily melaporkan, dalam kalangan ADUN BN sendiri telah mengadakan mesyuarat tertutup di sebuah hotel di Alor Setar pada Selasa malam.
Mesyuarat tersebut dikatakan ada kaitan dengan persiapan BN negeri Jelapang Padi itu menjelang perubahan pucuk pimpinan Kedah pada Khamis. 
Sumber : SINI
======================================
Bertabahlah, setiap perbuatan pasti ada balasannya. Ini semua mainan dunia !



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

7 dak comei sayang YUI:

Qhaifa Nur said...

Dunia politik...ada pasang surutnya kann

anakdenesor said...

alaaa knpe die letak jawatan..wuaaa

Dunia Zumal said...

Moga semua terkawal

Mrs Velentine said...

takpa bukan rezeki dia..mungkin ada yg lebih baik.insyallah

zarul farhana said...

politik semua ni...

Anum Abdullah said...

macam-macam sekarang ni..

Azhafizah MN said...

tak tahu apa nak jadi dengan politik Malaysia ni..huhu