tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, September 06, 2016

Kucing ke-21 dimandulkan : Mok Cun

Macam biasa, kalau aku AL biasanya sebab anak-anak bulus. Kadang aku MC sebab demam, petangnya bawa anak bulus mana yang patut untuk checkup apa patut.


1/9/2016, aku ambil AL. Sebab utama malas nak kerja. Hahaha. Nasib cuti ada, kalau tak haruuu oiii. Ambil kesempatan mandulkan Mok Cun yang tengah garik menggatal tak tentu hala. Boleh plak tak balik rumah, memang saja sungguh!



Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter 
& kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang


Apa langkah yang perlu dilakukan?

1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik & krim sapu pada luka jahitan
4) Kos pembedahan untuk spay kucing betina di veterinar kerajaan Sungai Siput (U) adalah RM 80



Kaka sedang melawat Mok Cun yang masih mamai



Kepada yang nak membantu, boleh rujuk #danauntukmeow sebab aku ada buat jualan dan hasilnya khas untuk kegunaan mereka dan juga kucing jalanan.


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :
3) Batman
4) Puteh ( mati 22/2/2016 demam kuning)
5) Tompok
6) Minah
7) Kika
8) Kiut  (mati 12/9/2015 mungkin diracun)
9) Lela
10) Omei
11) Luna
12) Lepat


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
1) Shinchan
2) Kaka (mati 6/8/2015 masalah dalaman akibat pernah dilanggar)
3) Muna
4) Masdo ( mati 11/2/2016 leukemia )
5) Atam 
6) Omei J
7) Kaka 
8) Kiut ( mati 20/7/2016 akibat Parvo )



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

4 dak comei sayang YUI:

Anum said...

selamat pagi
banyaknya kucing yui

Ann Ishak said...

saya pulak tengah berkira2 dengan miki, sebelah hati kata nak spay tapi bila tengok anak2 dia yang gemuks2 comel tu rasa macam tak nak spay je. ishhh susah betul perasaan ni

Dunia Zumal said...

Wah glamour nama dia

Unknown said...

selesai dah..