tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, February 14, 2017

Kucing ke 23 dimandulkan : Sepet anak Seri

Ini sebenarnya kucing di rumah sewa. Taknak perkara lama berulang lagi, di mana maknya, Seri terlepas keluar. Seharian tak balik, tapi "terlekat" juga dia. Aduhhhh. Kecil lagi ketika itu. Dah beranak sampai 6 ekor bulan 9 lepas.


2 anaknya (betina) telah diberi pada yang sudi jaga ketika mereka sudah putus susu. Bila kenangkan kembali, tak sanggup rasanya sebab Yui menangis depan orang yang ambil mereka. Tak sampai hati tapi bila fikir kemampuan kami, relakan juga.


Maka tinggal 4 ekor. 1 ekor jantan dan 3 ekor lagi betina. Bila sudah sesuai untuk kasi, Yui bawa ke veterinar Jumaat 10/2/2017. Bawa yang jantan dulu sebab kos lebih rendah. Sekurangnya lepas ini takde plak yang tiba-tiba bunting.



Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter 
& kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?

1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik 
4) Kos pembedahan untuk neuter kucing jantan di veterinar kerajaan Sungai Siput (U) adalah RM 40


Kepada yang nak membantu, boleh rujuk #danauntukmeow sebab Yui ada buat jualan dan hasilnya khas untuk kegunaan mereka dan juga kucing jalanan yang lain.


Alhamdulillah,
Sepet cepat mamai, sedar sepenuhnya malam dan sihat berlari aktif keesokan hari. Mudah sangat menjaga kucing jantan. Korang pun boleh buat kalau taknak lebih banyak pembiakan terjadi.


Jangan jadikan alasan TIADA MASA untuk buat atau kekurangan duit kerana anda boleh berusaha jika sememangnya tekad. Tidak perlu menjadi PENTERNAK BERJAYA. Bila beranak banyak, open adopt. Bagi alasan terlalu ramai. Tak sampai 3 bulan jadi lagi dan berulang. Fikir balik ok!


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :

2) Nenek Eton ( mati 29/9/2016 tua & ulser )
3) Batman
4) Puteh ( mati 22/2/2016 demam kuning)
5) Tompok
6) Minah
7) Kika
8) Kiut  (mati 12/9/2015 mungkin diracun)
9) Lela
10) Omei
11) Luna
12) Lepat
13) Mok Cun (hilang tidak dapat dikesan)
14) Labu 


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :

1) Shinchan
2) Kaka (mati 6/8/2015 masalah dalaman akibat pernah dilanggar)
3) Muna
4) Masdo ( mati 11/2/2016 leukemia )
5) Atam 
6) Omei J
7) Kaka 
8) Kiut ( mati 20/7/2016 akibat Parvo )






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

9 dak comei sayang YUI:

Kakzakie Purvit said...

Kalau dah sayang nak bagi org memang akan ada airmata mengalir
Itulah yg jadi pada anak-anak kakak juga Yui.

noor azlan said...

Alhamdulillah moga amalan Yui menjaga kucing diberi ganjaran yang setimpal...

Anum Abdullah said...

lama tak singgah di blog yui..pagi yui...

eima said...

comeynye sepet ... pasni lagi comey la .. kucing klu dah dimandulkan dia jd mkain comey kan ... sbb kucing tok aku dulu dimandulkan secara kg ... guna ragi ... pastu jd gebu wlupun krisis identiti hahaha

Nurfilzahnurfya said...

kucing belakang rumah fil pun beranak pinak dengan jayanya. memula baru 5 ekor sekali dah jadi sampai 11 ekor. yang baru lahir tahun lepas macam dah bunting je adehh. sape la jantan yang usik dia tu. rasa macam kecik lagi. kesian.

Ana Fatihah said...

Mesti sedih sangat nak berpisah dengan kucing. Saya kalau family atau jiran2 nak mintak kucing, terus rasa insecure. Nasib mak atau abah tak pernah bagi. Hikhik

Ann Ishak said...

saya ada 2 jantan yang belum sunat lagi tu...nak buat appointment asyik full booked je

Cik Itah said...

banyaknya kucing yui

Azhafizah MN said...

semoga dipermudahkan dan semoga murah rezeki Yui. Aaminn..