tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, June 08, 2017

Ramadhan 1438H Nurul Yui 2017 - BAZAR

Dah hari ke-13 kita berpuasa,
Macam mana lalui Ramadhan korang? Kalau okay alhamdulillah. Tapi kalau ada berita menyedihkan. moga lebih kuat dan tabah.


Ramadhan Yui macam biasa. Kalau nak bercerita pasal makan minum ketika berbuka, dah tentu yang dicari ialah air. Heeee, makanan tu jadi kedua.


Entry kali ini nak berceloteh pasal PARAM/BAZAR

Bazar?
Yui dah beberapa tahun kawal diri untuk tidak setiap hari ke bazar. Pergi bila perlu atau disuruh sahaja. Bukan apa, kebanyakan yang terjadi di tahun 2017 ini sangat mengecewakan. Bayangkan, air tak manis, caroi je tengok.


Paling sedih bila peniaga itu adalah peniaga yang dah berpuluh tahun berniaga. Takkan ketika ramadhan terus "resepi" jadi lain? Kot ya pun disebabkan kenaikan harga, semua faham. Jenis Yui, biar harga naik dari dapat kualiti yang berkurangan serta mengecewakan.


Tak dinafikan harga lauk naik. Kalau kita beli barang basah pun dah mahal, untuk orang bujang macam Yui, Yui lebih selesa masak menu apa yang nak ditelan saja. Balik kg baru nak "meriah" memasak.


Apa pun,
Kita yang kena pandai kawal diri. Kalau rasa rajin, balik rumah dan masak. Tapi kalau malas dan tiada masa, tunjuk tunjuk bayar pun senang. Hehehe.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

3 dak comei sayang YUI:

PeRdU cINta said...

Kak PC pun masak...kalau beli pun kuih sejenis dua je Yui..

E'in said...

sampai hari nie e'in dapat tahan napsu tak pegi PARAM lagi.. hihi..

Azhafizah MN said...

bulan puasa biasa fiza masak kat rumah je :)